PUASA TAPI TAK SOLAT

Assalamualaikum,

Bersyukur kita dipertemukan dengan Ramadan kali ini. Semoga Ramadan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Sama-sama kita perbaiki diri, mahu jadi lebih baik. Semoga amal ibadat kita diterima oleh Allah. 

Puasa tapi tak solat?

Puasa dan solat, dua dua ada dalam 5 perkara rukun Islam, ibadat wajib bagi umat Islam. Ada orang sebelum ni tinggalkan solat, tapi bila tiba Ramadan, berpuasa tapi sayangnya tak solat. Ada tak yang tak puasa, tak solat tapi bila raya, tetap sambut raya dengan meriah? Hihi.

Apa hukum puasa tapi tak solat?

Siapa-siapa yang tinggalkan solat tu bertaubatlah. Perkara pertama yang disoal di dalam kubur adalah solat. Solat ibarat tiang agama. Tak sempurna ibadah lain kalau tinggalkan solat. Berdasarkan pandangan jumhur ulamak, sesiapa yang tidak solat ibadahnya sah tetapi tidak diterima. Jadi puasanya sah tetapi tidak diterima Allah kalau tinggalkan solat. Sayangnya, berpuasa tapi tidak dapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga sahaja.



6 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. saya lupa dah baca kat mana, orang solat takkan tinggal puasa. tapi orang yg berpuasa boleh tinggal solat. rerasanya la camtu ayat nya. wallahualam :)

    ReplyDelete
  2. inshaallah berubaha ke arah kebaikan

    ReplyDelete
  3. solat wajib puasa pun wajib.. tapi lebih pelik jika ada yg x solat wajib tapi solat terawih..

    ReplyDelete
  4. Ramai yg macam ni, puasa tapi tak solat, puasa tapi tak tutup aurat..tapi tang raya..diorg yg beriya2 menyambutnya.
    Padahal raya tu hadiah utk org yg benar2 berjaya dlm ramadhan.

    ReplyDelete
  5. ada yg tdo lps sahur terus terbabas sampai terbit matahari.

    ReplyDelete
  6. Siapa tak solat sepatut ambil peluang Ramadan ajar diri bersolat..InsyaAllah ramadan abes pun solat diteruskan... tapi sekarang,, ramai sahaja yang wajib..mampu puasa pun tak puasa.. tak ada rasa malu pulak tuu.. sahkan solat..tapi itulah.. keluarga kebanyakkan porak peranda.

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post