Wafiq Sertai Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Kelengkapan Uniform PBSM Berserta Harga

Assalamualaikum & Salam Sejahtera uolss..

Abang Wafiq dah darjah 4. Bila dah masuk tahap 2 ni kenalah turut serta dengan kegiatan kokurikulum sekolah. Yakni, badan beruniform, kelab dan sukan. Ilmu baru bagi yaya, rupa-rupanya pelajar dah ditetapkan masuk badan beruniform yang mana, kelab apa,sukan apa. Zaman ibu dulu ibu boleh pilih sendiri tau..hihi..cikgu siap warning awal-awal..tak boleh minta tukar. Takpe lah cikgu, mana-mana pun ok je. Ok juga buat macam ni, baru ada keseimbangan penyertaan pelajar dalam setiap persatuan dan kelab mahupun sukan. Kalau tak persatuan yang glemer bertambah aktif dan glemer..yang lesu bertambah lesu ler..tak gitu?

Uniform PBSM


Suka amat dia balik sekolah bagi tahu abang masuk Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Dalam hati ibu..ya Allah..putihnya nanti baju, menyental je lah keje ibu..huhu 

Dengan rasminya wafiq dah jadi ahli PBSM, ahli kelab robotik dan sukan yang diberikan bola sepak.
Dia cakap dia memang nak join yang tiga ni..alhamdulillah cikgu letak nama dia dalam persatuan, kelab dan sukan yang dihajatkan.

Bermula lah pencarian baju uniform PBSM. Tak susah nak cari, di Kuala Terengganu ni ada dua kedai yang jual uniform sekolah. Boleh terjah ke Pasaraya Xiri dan T Rex Trading untuk mencari pelbagai kelengkapan uniform sekolah.

Yaya listkan dulu kelengkapan uniform PBSM berserta harga. 

  • Uniform 
  • T-shirt 
  • Tali pinggang 
  • Lencana negeri
  • Logo bulat 
  • Kolar pin
  • Poket Pin
  • Lencana topi
  • Lanyard
  • Topi beret



Untuk uniform PBSM, baju dan seluar di jual berasingan. Yang ini beli di Pasaraya Xiri. 
Baju size 15 RM 28.21.
Seluar size 25 RM 24.43


Lanyard RM 3.68
Lencana negeri 2 pcs RM 3.60
Logo bulat PBSM 2 pcs RM 3.60
Kolar pin 2 pcs RM 5.47
Poket pin RM 2.74

ini semua ayahnya si Wafiq beli di pasaraya Xiri. hihi.

tapi ayahnya si Wafiq lupa beli beberapa item kelengkapan PBSM. Mungkin bukan lupa tapi lebih kepada tak tahu apa yang diperlukan. Esoknya kami terjah pula kedai T Rex Trading di Jalan Tok Lam.


T-Shirt PBSM size 38 RM 18.77
Topi Beret RM 10.28
Tali pinggang RM 10.90
Lencana topi RM 6.90
Lencana negeri 2pcs RM 2.36
Lencana bulat PBSM 2 pcs rm 2.36

Walaupun dah ada uniform, beli juga sehelai t-shirt PBSM. T-shirt ni kalau ada gotong royong atau aktiviti lasak PBSM boleh la pakai. Kesian pula pakai tebal-tebal. 




Untuk lencana negeri dan lencana bulat dah beli di Pasarya Xiri, tapi bila pergi T Rex Trading ternampak lencana negeri yang melengkung, logo PBSM yang bulat tu pun nampak lebih cantik dan kemas. Boleh tengok gambar 1st untuk perbandingan.

Dah ada semua, boleh la start menjahit..jahit tangan ok. Kalau nak mudah di T Rex Trading ada khidmat menjahit lencana.



    

Sekian untuk rujukan mak ayah sekiranya nak beli uniform PBSM. Kecil-kecil ahli PBSM, besar-besar jadi doktor ye nak. haha.. tapi semalam Wafiq tanya ibu..

'ibu..boleh tak cita-cita abang nak jad PASKAL?'

pulak dah...

haha.


1 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment
Previous Post Next Post