Tak Rugi Menonton Ombak Rindu..Memang Best!


Assalamualaikum ....

Sampai juga hajatku nak tengok Ombak Rindu..novelnya saja berkali2 khatam..kesinambungannya - Cinta Tiada Akhirnya - mmg menyentuh perasaan...berbekas ke hati nie..cewah..haha...sebelum beli sendiri pinjam dgn room mate..lepas tu rasa sewajibnya buat koleksi yaya beli sendiri dua2 novel tu..bila dalan simpanan sendiri 2 3 kali baca...sampaikan mr.tmfs (masa nie belum kawen lagi..tunang pun belum..) yaya paksa dia baca..haha..kejam! untuk membuktikan dia baca ke tidak sampai ku suruh dia cerita balik apa dia baca..ternyata dia baca..hahaha..bukan apa.. just nk bg dia tersentap perasaan sikit...dapat jadi romantik macam Hariz pun dah ok..^^

tiket kami..beli kat kaunter setelah TGV online ada masalah..tapi dapat jugak seat pujaan hati...^^



 pics sebelum movie mula ..


pop corn mest ada..tapi..bila dah Ombak Rindu melepas badai terus tak lalu nak makan...air pulak langsung tak minum...selera mati..haha...^^


jalan cerita mmg best..tapi agak ringkas kalau nak bandingkan dengan novel..ye la namanya adaptasi..gila nak buat 100% sama..harap ada drama bersiri nanti..

awal2 cerita yaya tahan lagi airmata nie..tapi bila dah abang kacak Aaron Aziz dah start nangis dgn daku sekali naik sebak...daku lap dgn hujung tudung air mata nie..segan nak ambik tisu dlm handbag sebab handbag dah letak atas floor..nanti kalau ambik tisu kantoi la dgn mr.tmfs yg bini dia nangis..malu....hhahaha..

bg yaya watak Aaron perfect..bila baca novel mmg sah kita akan imagine badan Hariz tegap dan sasa..memang kena dgn Aaron..watak Izzah pulak selaku gadis kampung pun kena dgn Maya Karin..tak sangka dia boleh bawak watak nie..dia kan moden..cuma ada certain part cara Izzah bercakap terover baku..pelik pulak mendengarnya...macam loghat indon pulak rasanya...maya yang cantik tu dalam nie semua nampak biasa2 je...mekap dia mmg mekap kampung la..hihi..bila part last masa atas kapal tu baru nampak cantik..dah the end kan..hati happy..duk santai atas kapal pulak tu...


ada la beberapa part yang spoil..masa Izzah kutip kucing dia yg diberi nama Comel tu..masa ambik kat bus stop kucing tu kecik lagi..bila dh sampai rumah nampak cam besar la pulak..hihi..pastu masa Hariz call Izzah guna telefon rumah..nape naik no handset berserta nama kat handphone izzah..masa Mila bercakap dgn Izzah kat bendang tu ternampak alat bantuan (utk pendengaran ek?) kat pinggang izzah..baju kurung izzah agak nipis..boleh nampak alat bantuan tu...


tapi tu semua tak men'spoil'kan cerita...cerita tu dah terbaikkk! kalau ada part Hariz tengok result SPM Izzah yg power tu, part Izzah masuk universiti lagi best!.. masa baca novel Ombak Rindu cukup tersentuh bila Izzah cakap Izzah tak ada sape2 dalam hidup dia kecuali Comel...masa nie Hariz dah sentap..sebab dia dah mula sukakan Izzah..tp tak de la pulak dialog nie...hihi...

kalau dalam novel..bab berkata-kata dalam hati tu yang makan dalam..kalau boleh nak semua tu ada dalam filem..tapi mustahil sangat tu..2 jam mana cukup...

setiap kali keluar lagu tema mesti bergenang mata..hihi..sedih betul lagu tu..kena dgn cerita..lokasi pun cantik..biarpun sekejap di Cameron sekejap di Langkawi..ada peduli? hahha..

Watak Mila dipegang oleh Lisa Surihani..biasa kalau korang tengok dia berlakon lemah lembut tapi dlm Ombak Rindu nie Mila seorang yang panas baran..tak dapat nak kawal emosi marah dia tu tapi dlm masa yg sama tetap baik hati...kesudahan Mila sama mcm dlm novel..bercerai dgn Hariz.(gila tak bercerai..kang ramai pulak tak puas hati...haha)...dia sangka org merampas hak dia tapi rupanya dia yg jadi bini no.2...



Watak Wafi (Julia Ziegler..betul tak eja gini?) dan watak Mail (Bront Palare) pun ok..Cuma pakaian si Wafi tu ketat sangat..nampak benjol2 kat perut..hihi...time audience gelak rasanya ada dua kali...1st masa part Mail mintak Izzah letak nama kat Wau..2nd nama kat wau tu dah ada nama org lain....haha..yg lain semua part sendu..tapi macam agak pantas..mr.tmfs pun cakap part izzah kena tortured dgn Hariz pendek sangat..dia kan baca novel..hihi..


kat barisan depan kami tu sederet semua budak lelaki..macam sekolah lagi..masa mula2 masuk panggung tersangatlah gumbira mereka semua..tapi bila movie habis..bila semua org dah bangun..mereka sederet tu terkaku lagi kat seat..diam je..haha...tu la cinta org dewasa dik oii..rumit..akak kat sebelah yaya tu masih lap2 hidung dgn tisu..memang semua hidung merah...

tapi mr.tmfs langsung tak menangis..mmg jiwa hard metal la laki daku  nie..adoyai...ku paksa dia mengaku bahawasanya paling kurang mata dia bergenang..tapi dia cakap tak..cuma katanya cerita tu memang sedih...ala tak pe..tak nak ngaku sudah.....^^




psstt..tunggu Aaron dalam Datin Ghairah pulak..



Klik LIKE untuk share etry..

4 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. wah...bestnya.
    napelah kat KT ni tak de cinema..jauh sgt nak pergi ke Paka tu..emm

    ReplyDelete
  2. ramai yg cakap best... xsempat nk g nengok lagi la :(

    ReplyDelete
  3. jeles sungguh ramai yg dh update tgk..n sumenya kata best kan..

    x berkesempatan lg nak tgk..

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post